Resipi & Tips buat Cheese Tart Gebus dan montok.
Bahan Crust
1. 170gm Marjerin atau butter
2. 50gm gula aising
3. 1 biji telur gred C
4. 290gm tepung gandum
5. 1 sudu teh esen vanilla
Pukul marjerin dan gula menggunakan senduk kayu@spatula(tidak perlu terlalu lama)
masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi
masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Tips:
1. bagi mendapatkan doh yang baik, masukkan doh kedalam plastik dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
2. jika menggunakan doh gred B, buangkan sedikit putih telur agar crust tidak terlalu keras.
Cara:
-.ambil doh tadi ,masukkan kedalam acuan tart dan tekan.
cucuk dengan garfu sebelum di bakar.
bakar sekitar suhu 170c selama 20-25 minit atau sehingga masak. *crust ni boleh buat banyak dan simpan dalam bekas kedap udara kerana ia tahan lama. jika ingin di gunakan terus. pastikan crust sudah sejuk sebelum diisi dengan cheese dan filling.
TIPS:
RAHSIA menghasilkan crust tart dengan cepat,mudah,kemas & cantik adalah dengan menggunakan Tart Presser.
Boleh dapatkan di https://www.facebook.com/ tartpressermurah.
atau klik je kat sini:
Bahan filling:
gunakan bahan yang anda suka seperti blackcurant, jem strawberry, jem nenas, kewi.
Bahan cheese
250gm cream cheese
50gm gula kastor/gula halus
1 biji telur gred B
1/2 sudu teh esen vanila/esen lemon
keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum digunakan.
JANGAN biarkan cream cheese berada pada tahap suhu bilik.
Putarkan cream cheese dan gula sehinggan berkrim.
kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi.
putar sehingga berkilat.
AMARAN:
jangan putar terlalu lama, kerana akan menyebabkan cream cheese cair.
dan jangan putar terlalu sekejap, kerana menyebabkan cream cheese nampak tak licin bila isi dalam crust nanti.
Next Step:
-masukkan filling kedalam piping bag.
-masukkan cheese kedalam piping bag berlainan
-ambil satu crust dan isikan dengan filling dan iskan lagi dengan -cheese(biar nampak membuncit sedikit)
-gunakan daya kreativiti anda untuk hias.
-Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Selamat mencuba!!
share untuk berkongsi resipi & Tips dengan orang lain agar sama2 mendapat manfaat..
#tartpresser#
#tartpressermurah#
#cheesetart#
#cheesetartgebu#
#resipi#
#tartpresser#
#tartpressermurah#
#cheesetart#
#cheesetartgebu#
#resipi#
No comments:
Post a Comment